Tuesday 2 April 2013

I' m Married ! 28 DEC 2012



Minat berblogging datang kembali..hope kali ni dapat bertahan untuk jangka masa yg lama. Alhamdulillah, sedar tak sedar dah 3 bulan bulan bergelar isteri orang. Rindu rasanya nak 'berkenduri' lagi. So hari ni nk share sikit sikit wedding pic yang dah basi.

Syukur, 28 DEC 2012 saya telah diijabkabul dengan suami tercinta. Manis sebab berkahwin dengan pilihan sendiri dan lebih manis sebab direstui kedua family. Bercinta hampir 8 tahun. Pahit manis dikongsi bersama dan Allah panjangkan jodoh kami dengan ikatan perkahwinan yang sah...syukur!

Gambar- gambar ni adalah koleksi peribadi..Gambar dari OP belum dapat lagi...sabar menunggu!haish...


Bergambar with my sis sambil tunggu rombongan my husband...tengah nervous..hihi


The bride and hantarans da ready...candid pic...gelak over..


hantaran from both sides..white pink dari pihak perempuan. Purple dari pihak lelaki...oleh sebab rombongan lelaki datang dari jauh...jadi kesemua hantaran adalan hasil DIY saya..sempat jugak siapkan within one week before kenduri...DIY sangat enjoy ok.


Alhamdulillah..dengan sekali lafaz kami telah bergelar husband and wife..miss this moment...


With MIL and my mom...i'm blessed..


With my sister noya..lagi sorang adik saya gigie tengah berperang dengan exam..the event sangat tak complete without her


gambar dengan family...again, without gigie..


bergambar dengan in laws..my SIL and er husband tiada dalam gamba sebab my SIL tengah dalam pantang

Overall, saya puas hati dengan majlis yg serba sederhana. Apa yang penting, keluarga dan sanak saudara merestui ikatan suci ini. Alam rumah tangga bukan manis sentiase, kadang kala ada duka dan dugaan itu pasti..saya tak tahu apa yg Allah tentukan buat saya dan suami untuk masa akan datang. Akan kami cuba hadapinya bersama. Saya tak minta pasangan yang sempurna kerana manusia itu tak akan pernah sempurna. Cukuplah sekadar cekal menemai ketika suka dan duka. Akan saya cuba jadi yang terbaik, InsyaAllah..

Doakan kebahagian saya..dan semoga kebahagian milik kita semua.. Aminn!