Sunday 12 August 2012

Ramadhan Buffet di Puri Pujangga, UKM

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, sedar tak sedar kita telahpun berada dalam minggu terakhir puasa. Semakin meningkat dewasa rasa excited hendak beraya itu semakin berkurangan. Iyalah, jika dahulu kita yang menerima duit raya. Sekarang, kita pula pembekal duit raya. Apa-apa pun niat hati untuk bersedekah, InsyaAllah.
Di minggu-minggu terkahir ramadhan ni, masih ramai ataupun pada pendapat saya, makin ramai yang mengunjungi hotel mahupun restoran untuk menikmati buffet ramadhan yang telah disediakan. Saya juga tak ketinggalan. 

Pada hari Jumaat yang lepas, niat di hati ingin berbuka puasa di hotel Royal Bintang Seremban ataupun Alson Klana. Namun hajat tak kesampaian, maklumlah last minute decision. Bila call semua pun sudah fully book. Jadi, bila di google2 dan disurvey, saya dan tunang decide nak berbuka di Puri Pujangga, UKM. Sebuah hotel di dalam UKM. Setelah mendapat contact number melalui internet, syukurlah, masih lagi available untuk dua orang.


Inilah antara makanan yang disediakan. Ini yang sempat saya ambil sebelum berbuka. Kalau ambil banyak nanti takut tak larat nak habeskan, maklumlah 2 orang je yang makan.


Makanan utama pada malam tu adalah nasi daging, dihidang dengan ayam masak merah, daging masak hitam, dalca dan ikan bawal sweet sour. Nasi putih dan masakan kampung seperti kerabu, sambal belacan pun ada. Ha, sup tulang dan mushroom sup tak ketinggalan. Lain-lain makanan macam garden salad, spaghetti, pudding roti, bubur lambuk pun ada ye. Kalau nak disenaraikan kat sini kesemuanya, sampai esok pun tak habes ye.

Tak cukup di dalam kafe, kat luar pun ade lebih kurang 8 stall dengan menu masing-masing. Antaranya, lamb roasted stall, durian stall, drinks and abc stall, satay, kueh mueh and makan bergoreng. Ambil la apa-apa yang anda mahu.Semua pun ada. Alhamdullilah, puas saya makan pada malam.


Kemudahan surau juga disediakan. Sangat selesa dan berdekatan je dengan kafe. Ha, untuk pengetahuan anda semua, buffet ramadhan tu disediakan di Begonia Café, Puri Pujangga UKM. Tempat yang sangat selesa tetapi agak sempit. Bagi saya, ada baiknya sebab bilangan pengunjung yang hadir pun terhad. Dari segi urusan mengambil makanan, semua orang pun tak perlu bersesak-sesak.

Haa..ni la my feveret dish of the night. Roasted lamb. 
Juicy and crispy at the same time.

Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan makanan serta perkhidmatan yang disediakan. Waiter dan waitress sentiasa ada untuk membantu. Semua sangat berbaloi dengan harga yang telah ditetapkan.RM 45 nett bagi dewasa dan separuh harga untuk kanak-kanak. Memang berbaloi. Pada pendapat saya, tak perlu ke hotel besar untuk berbuka puasa. Cukuplah di tempat-tempat yang menetapkan harga yang sederhana seperti ini. Asalkan layanannya terbaik. Saya berada di sana sehingg hampir pukul 9. Waktu tepat operasi kafe ini taklah saya ketahui.

Bagi anda yang berminat, untuk maklumat lanjut boleh lihat kat sini. www.puripujangga.com.my.
Saya plan nak berbuka di luar lagi pada minggu depan dan kali ini tempah yang akan diterjah adelah


18 gerai? Ok.Teruja!

Sekian, moga apa yang saya kongsikan berguna buat anda.








Friday 10 August 2012

Permulaaan

Bismillahirrahmairahim,

Alhamdulliah masih diberikan peluang bernafas di muka bumi Tuhan ini.
Setelah sekian lama, barulah hasrat saya untuk menyambung hobi ini tertunai.
Pernah mempunyai blog sebelum ini, tapi terhenti di tengah jalan dek kerjaya dan urusan menyambung pelajaran yg tak pernah putus.
 InsyaAllah, dengan urusan pelajaran yang hampir 90% selesai, saya akan cuba untuk kekal berbloging.
 Buat kenalan baru, salam perkenalan. Moga perkongsian melalui laman maya ini dapat memberi manfaat untuk kita semua.

Selamat Berkenalan!